Khamis, 11 Mac 2021

Laporan Pertama: Bahagian Pendaftaran Nama Syarikat dan Perniagaan

Lawatan pertama mahasiwa/i Akademi Pengajian Brunei adalah ke Bahagian Pendaftaran Nama Syarikat dan Perniagaan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Lawatan tersebut berlangung pada 03 Februari 2021 jam 11.00 pagi. Seramai 14 mahasiswa/i terdiri dari empat mahasiwa dan sepuluh mahasiswi telah menghadiri lawatan tersebut. 



Taklimat mengenai bahagian ini telah dibentangkan oleh Yang Mulia Tuan Lim Sei Kee yang merupakan pembantu pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Nama Syarikat dan Perniagaan. Beliau telah menjelaskan bahawa terdapat dua bahagian penubuhan syarikat iaitu Akta Nama Perniagaan dan Akta Syarikat. Dalam melaksanakan pendaftaran ini hendaklah menggunakan laman sesawang yang telah disediakan iaitu www.ocp.mofe.gov.bn yang disebut sebagai One Common Portal. 

Tujuan laman portal tersebut adalah untuk menyediakan satu platform komuniti perniagaan untuk menguruskan tanggungjawab perniagaan sepanjang kitaran hayat perniagaan, dari mendaftarkan perniagaan atau memasukkan syarikat, untuk menguruskan perniagaan mereka, seperti mengemas kini butiran perniagaan dan mengemukakan cukai korporat.

Ketika taklimat tersebut juga, Tuan Lim Sei Kee mengemukakan antara syarat-syarat pendaftaran yang perlu dipenuhi seperti hendaklah pendaftar tersebut berumur lebih dari 18 tahun ke atas dan memegang kad pengenalan bewarna kuning atau merah.  Setelah semua syarat dipenuhi maka permohonan akan dipertimbangkan dan seterusnya satu sijil akan dikeluarkan dikenali sebagai Sijil Pendaftaran 16/17. 

Pada akhir taklimat, wakil rombongan lawatan memberikan penghargaan kepada Tuan Lim Sei Kee serta diselangi dengan acara bergambar ramai. 




Laporan Pertama: Bahagian Pendaftaran Nama Syarikat dan Perniagaan

Lawatan pertama mahasiwa/i Akademi Pengajian Brunei adalah ke Bahagian Pendaftaran Nama Syarikat dan Perniagaan, Kementerian Kewangan dan Ek...